CADANGAN MODEL INTEGRASI DALAM SESI KAUNSELING UNTUK PASANGAN BERAGAMA ISLAM

A Proposed Integrated Model for Muslim Couples in Counseling

  • Dini Farhana Baharudin Universiti Sains Islam Malaysia
  • Marina Munira Abdul Mutalib Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohd. Zaliridzal Zakaria Universiti Sains Islam Malaysia
  • Suhailiza Md. Hamdani Universiti Sains Islam Malaysia
  • Melati Sumari Universiti Sains Islam Malaysia
  • Zuria Mahmud Universiti Sains Islam Malaysia
Keywords: pasangan, kaunseling, Muslim, modal, penyatuan pengetahuan

Abstract

Selaras dengan polisi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 yang menumpukan kepada aspek ekonomi dan sosial,institusi perkahwinan dan keluarga perlu diperkukuhkan. Proses pembangunan yang pantas memberi tekanan dan cabaran kepada institusi kekeluargaan. Walaupun banyak usaha telah dilaksanakan bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan, masih kurang bukti yang menunjukkan keberkesanan usaha sedia ada. Kertas kerja ini bertujuan untuk menerangkan satu model yang berasaskan integrasi  kaunseling konvensional dan pendekatan Islam untuk membantu pasangan Islam dalam kaunseling. Kajian ini akan melibatkan analisis teks Qut al Qulb karangan Abu Talib al-Makki dan kajian  lepas tentang bahan-bahan daripada kedua-dua kaunseling konvensional dan Islam. Model ini menekankan tentang kepentingan intervensi kaunseling yang menggabungkan kedua dua elemen naqli dan aqli bagi menyokong klien orang Islam. Model ini berpotensi untuk menjadi panduan apabila berhadapan dengan pasangan  beragama Islam. Adalah diharapkan kajian ini meningkatkan kesedaran untuk menambahbaik perkhidmatan kaunseling kepada pasangan Islam. Selain daripada itu, kajian ini juga diharap dapat meningkatkan kesejahteraan institusi kekeluargaan dan masyarakat amnya.

 

Kata kunci: pasangan, kaunseling, muslim, modal, penyatuan pengetahuan.

 

 

 

 

 

Abstract

Recently much has been written about divorce and the importance of strengthening the marriage institution as the basic unit for family well-being in Malaysia. Many attempts have been made to deal with these issues. However, there is a lack of evidence regarding the effectiveness of the existing approaches. This paper aims to describe a proposed model based on an integration of Islamic and conventional counseling theories to facilitate Muslim couples in counseling. The methodology involved textual analysis of Abu Talib al-Makki’s Qut al-Qulub and literature review of both Islamic and conventional counseling sources. The model emerged highlights the importance for counseling interventions that incorporate both elements of naqli (revealed knowledge) and ‘aqli (scientific knowledge) which support the Muslim client. This model has the potential to provide guideline for working with Muslim couples. It is hoped that this study raised some awareness to improve the counseling services offered to Muslim couples and further help enhance the well-being of the family institution and the society. 

 

Keywords: couples, counseling, Muslim, model, integration of knowledge.

Published
2018-12-01