Kajian Pelaksanaan Istibdāl bagi Tanah-Tanah Wakaf di Malaysia
A Study on the Implementation of Istibdāl for Waqf Land in Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.33102/abqari.vol22no2.275Keywords:
Istibdāl, Pembangunan, Tanah Wakaf Dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)Abstract
Wakaf merupakan insterument dalam menjana ekonomi Islam, pelbagai produk wakaf yang telah dilaksanakan oleh pihak bertanggunngjawab iaitu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam memajukan hartanah wakaf seperti wakaf tunai, wakaf tanah dan sebagainya. Permasalahan kajian ini menjelaskan bahawa penjanaan wakaf dari sudut istibdāl masih belum terserlah pada masa kini walaupun pelaksanaannya telah lama diamalkan di peringkat MAIN. Objektif kajian ini memberi penjelasan bagaimana peranan istibdāl dalam membangun tanah-tanah wakaf di Malaysia. Kajian ini bersifat kajian kualitatif kerana melibatkan penelitian analisis dokumen dan proses temubual. Dokumen yang dirujuk iaitu perundangan tanah, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri, Enakmen Wakaf, keputusan jawatankuasa fatwa negeri dan buku-buku berkait kedudukan wakaf di Malaysia. Manakala proses temubual pula melibatkan pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri yang berurusan secara langsung mengenai urusan perwakafan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan istibdāl di peringkat MAIN masih berbeza antara satu sama lain dan kesannya diperingkat Malaysia masih belum diopitimalkan dengan sepenuhnya. Perbezaan ini adalah disebabkan keputusan jawatankuasa fatwa negeri-negeri yang membuat pandangan mengikut acuan pelaksanaan negeri masing-masing. Sehubungan itu, peranan istibdāl dalam membangun tanah-tanah wakaf perlu diketengahkan dengan pelbagai model yang boleh dilaksanakan seperti pembangunan komersial, pendidikan dan keagamaan. Kini tanah-tanah wakaf yang dibangunkan masih tidak sepenuhnya konsep istibdal kecuali mengunakan dana-dana dalaman Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), atau kerjasama dengan pihak pemaju. Kesimpulannya, istibdāl merupakan insterument penting dalam menjana pembangunan tanah-tanah wakaf jika sekiranya model pengurusan dapat dilaksanakan secara efektif di peringkat Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
Downloads
References
Al-Zuḥaili, Wahbah, (2008) Fiqhu al-Islam wa al-Adillah, Damsyik: Dār al-Fikr, Jld. 8, ed. 6.
Djuzali, Fiqh Siyasah: Implementasi Kemaslahatan Umat dalam Rumbu-Rumbu Syariah, (2003) Jakarta: Prenda Media Group, ed.1.
Fakhruddin Abd Rahman, Ketua Unit Pembangunan Hartanah & Harta Wakaf MAINPP ‘Model Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia Melalui Kaedah Istibdāl’. Temu bual pada 25 Januari 2019
Fatimah Harun, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Wakaf MAIDAM ‘Model Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia Melalui Kaedah Istibdāl. Temu bual pada 1 Januari 2019.
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji ‘JAWHAR’ (2010), Manual Pengurusan Istibdal Wakaf, Selangor: Najjah One Trading & Services, ed, 1.
Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR), Kompilasi Hukum Dan Fatwa Berkaitan Wakaf, Zakat, Haji & Sumber Am’ Selangor: Najjah One Trading & Services, ed 1.
Mohd Azmi Bin Misron, Ketua Bahagian Penyelidikan Dan Pelaburan PWS, ‘Model Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia Melalui Kaedah Istibdāl. Temu bual pada 20 Mac 2019
Mohd Rilizam Bin Rosli, Penolong Pengarah Wakaf MAIJ, ‘Model Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia Melalui Kaedah Istibdāl. Temu bual pada 5 April 2019
Ibnu Himām, Muḥammad Bin Abdul Wāhid, t.th, Fatḥul Qādir (Syarḥul ḥidāyah) Dār al-Fiqr, jld 6
Ibnu Nujīm, Zainuddin Ibn Ibrahim, Al-Asy Bāh wa al-Naẓāir A’la-Mazhabi Ibi Hanifah, Beirut: Dār al-Kutub, ed. 1
Ibnu Syinnah al-Thaqāfi, Ahmad Bin Muhammad, Lisānul Aḥkām fi Ma’krifati Aḥkām, Kaherah: ttp, ed. 1
Izhar Bin Ahmad, Penolong Ehwal Ekonomi Kanan MUIP (4 Mac 2019), ‘Model Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia Melalui Kaedah Istibdāl. Temu bual pada 4 Mac 2019
Syeihk Fahkruddin Bin Yub, Ketua Bahagian Wakaf MAIK, ‘Model Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia Melalui Kaedah Istibdāl. Temu bual pada 5 Februari 2019
Syakira Binti Mohamad, Ketua Unit Pembanguna MAIK, ‘Model Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia Melalui Kaedah Istibdāl. Temu bual pada 15 Februari 2019
Wan Maizura Binti Wan Zahari, Penolong Setiausaha Pembangunan Perniagaan, ‘Model Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia Melalui Kaedah Istibdāl. Temu bual pada 10 Mac 2019
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2020 mohd ridzuan mohamad
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
The copyright of this article will be vested to author(s) and granted the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.