Keberkesanan Peta Minda dalam Pengajaran Kesusasteraan Arab untuk Pelajar Program Bahasa Arab, UPSI

The Effectiveness of Mind Maps in Teaching Arabic Literature for Student of Arabic Language Program, UPSI

Authors

  • Nazri Atoh Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.33102/abqari.vol22no2.292

Keywords:

keberkesanan; peta minda; kesusasteraan Arab; program bahasa Arab; UPSI

Abstract

Kesusasteraan merupakan ungkapan yang indah sama ada dalam bentuk puisi atau prosa. Keputusan pelajar dalam peperiksaan bagi kursus kesusasteraan Arab; iaitu BAS3123, adalah sederhana. Selain itu, terdapat pandangan pelajar tentang kursus kesusasteraan Arab adalah susah kerana bahan pengajaran yang digunakan terdiri daripada petikan teks yang panjang dengan perkataan yang jarang digunakan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis perbezaan antara penggunaan peta minda dengan kaedah konvensional terhadap penguasaan pelajar dalam kursus kesusasteraan Arab di UPSI. Selain itu, kajian ini mengenalpasti bentuk peta minda yang sesuai digunakan dalam pengajaran. Kajian ini turut menganalisis sumbangan peta minda dalam meningkatkan inovasi dalam pengajaran. Terdapat dua ujian yang dijalankan; iaitu ujian 1 dengan pengajaran secara konvensional, manakala ujian 2 dengan menggunakan peta minda. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang susunan bentuk peta minda berdasarkan minat. Pendekatan analisis deskriptif digunakan kajian ini menganalisis data yang diperoleh bagi mengetahui keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran kursus kesusasteraan Arab di UPSI. Responden kajian ini terdiri daripada 89 pelajar tahun 3 program bahasa Arab yang mendaftar kursus BAS3133 pada semester 1, 2017/2018. Kajian mendapati terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar dalam pengajaran secara konvensional dengan pengajaran menggunakan peta minda. Hal ini berdasarkan peningkatan markah yang diperoleh oleh pelajar dalam Ujian 2. Min yang diperoleh dalam Ujian 2 adalah 64.5, meningkat 32.3 lebih separuh daripada min Ujian 1. Sisihan piawai yang diperoleh pula menunjukkan peningkatan penguasaan pelajar dengan anggaran skor untuk ujian 2 adalah antara 57.034 dan 71.966. Ini berdasarkan min 64.5 dan sisihan piawai 7.466 yang berbeza dengan Ujian 1 yang memperoleh sisihan piawai 12.304 dan min 32.2.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Buku Panduan Akademik Fakulti Bahasa dan Komunikasi Sesi 2014/2015. (2014). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Buku Panduan Akademik Fakulti Bahasa Sesi 2006/2007. (2006). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Buku Panduan Akademik Fakulti Bahasa Sesi 2008/2009. (2008). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Faridah, N., Faiziah, H.S. dan Amran, B. (2016). Pembelajaran Abad ke 21. Petaling Jaya: Sasbadi.
Khafaji, M.A.M. (1986). Al-Shi’r al-Jahiliy. Beirut: Dar al-Kitab al-Lubnaniy.
Muniroh, H., Hasfazilah, A., Ch’ng, P.E. & Siti Nurleena, A.M. (2017). Tinjauan literature penggunaan peta minda dalam pengajaran matematik. International Academic Research Journal of Social Science 3(1): 208-213.
Rajapriya, M & Kumar, C.N. (2017). Effectiveness of mind mapping in higher education. International Journal of Civil Engineering and Technology 8(4): 975-981.
Tee, T. K, Jailani, M.Y., Baharom, M., Widad, O. & Yee, M. H. (2009). Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menerusi Peta Minda Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s. 114-121.
Wickramasinghe A., Widanapathirana N., Kuruppu O., Liyanage I. & Karunathilake. I. (2007). Effectiveness of mind maps as a learning tool for medical students. South East Asian Journal of Medical Education 1(1): 30-32
Zarima M.Z. dan Taj Rijal M.R. (2015). Perkembangan program minor bahasa Arab di Fakulti Bahasa, UPSI. dlm. Zamri Arifin dan Zainuddin Ismail (pnyt.). Pemerkasaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia, hlm. 78-85. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Published

2020-09-29

How to Cite

[1]
Atoh, N. 2020. Keberkesanan Peta Minda dalam Pengajaran Kesusasteraan Arab untuk Pelajar Program Bahasa Arab, UPSI: The Effectiveness of Mind Maps in Teaching Arabic Literature for Student of Arabic Language Program, UPSI. ‘Abqari Journal. 23, 1 (Sep. 2020), 70–83. DOI:https://doi.org/10.33102/abqari.vol22no2.292.

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.