Sumbangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Terhadap Masyarakat Melayu di Malaysia dalam Menangani Isu-Isu Sosioekonomi, 1971-2000

The Contribution of the Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) to Malay Community in Malaysia in Addressing Socio-Economic Issues, 1971-2000

Authors

  • Siti Ruzana Ab Ghani Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Rahilah Omar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Azlizan Mat Enh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Russli Kamaruddin Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.33102/abqari.vol24no1.242

Keywords:

Sejarah, Gerakan Islam ABIM, Masyarakat Melayu, Pendidikan Diniah, Koperasi KBI

Abstract

Artikel ini membincangkan sumbangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) terhadap masyarakat Melayu di Malaysia dalam menangani isu-isu sosioekonomi, 1971-2000-an. Kajian artikel ini dilakukan untuk mengisi kekurangan penulisan terhadap sumbangan badan NGO Islam bukan kerajaan yang dikenali sebagai gerakan Islam ABIM kepada masyarakat Melayu dalam menangani isu-isu sosioekonomi. Isu-isu sosioekonomi masyarakat Melayu selepas merdeka adalah sangat meruncing dan ini ditambah lagi dengan kesan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1970. Masyarakat Melayu masih terpinggir dari aspek sosioekonomi khususnya pendidikan Islam dan jurang pendapatan masih membimbangkan. Maka gerakan Islam ABIM bangkit membantu masyarakat Melayu dalam menangani isu-isu sosioekonomi ini. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan disiplin sejarah dengan menganalisis dokumen terhadap sumber primer seperti Laporan Tahunan ABIM, Risalah, Siaran Media, Kenyataan Akhbar, Ucapan Dasar Muktamar dan melalui temu bual. Sumber sekunder pula dikumpul daripada kajian perpustakaan berdasarkan bahan ilmiah, buku, akhbar dan data atas talian. Hasil kajian membuktikan bahawa dari aspek sosial sistem pendidikan dalam gerakan Islam ABIM berjaya memenuhi keperluan sistem pendidikan Islam kepada masyarakat Melayu selari dengan pendidikan nasional. Sistem pendidikan dalam gerakan Islam ABIM yang terancang dan tersusun memberikan kesan kepada lahirnya pendidikan diniah. Manakala dari aspek ekonomi pula gerakan Islam ABIM telah menubuhkan Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) yang dapat menambah pendapatan masyarakat Melayu khususnya dalam kalangan ahli semakin meningkat.  Gerakan Islam ABIM juga secara tidak langsung dapat membantu pihak kerajaan Malaysia menyeimbangkan sosioekonomi penduduk khususnya masyarakat Melayu sehingga tahun 2000.

This article discusses the contribution of Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) of the Malay community in Malaysia in addressing socio-economic issues, 1971-2000. This article studies conducted to fill the lack of movement ABIM writing contributions in addressing socio-economic issues of the community. ABIM movement arose to help the Malay community in addressing the socio-economic issues. This study uses the method of historical discipline approach by analyzing documents on primary sources such as ABIM Annual Report, Brochures, Media Releases, Press Statements, Muktamar Policy Speeches and through interviews. Secondary resources were collected from library studies based on scientific materials, books, newspapers and online data. The results prove that the social aspects of the education system in the Islamic movement ABIM successfully meet the needs of the education system to the community in line with the national education. The planned and organized education system in the ABIM Islamic movement has an impact on the birth of education today. Whereas the economic aspects of the Islamic movement ABIM also established the Cooperative Belia Islam Malaysia Berhad (IAC), which can increase the income of the community, especially among members is increasing. The Islamic movement ABIM also indirectly help the government balance the socio-economic conditions, especially the Malays until 2000.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Rahman Hj. Abdullah. 1998. Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Pusat Pendidikan Jarak Jauh USM.
Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550). dan Peraturan-Peraturan Terpilih. International Books
Store. Kuala Lumpur.
Buku Cenderamata Muktamar Agong ABIM 1972.
Buku Cenderamata. 1996. Jamuan Ramah Mesra ABIM-Wartawan. Anjuran ABIM Holiday
Inn City Centre, Kuala Lumpur. 29 Januari.
Buku Cenderamata Muktamar Sanawi ABIM ke-24 pada 11 September 1996.
Buku cenderamata. 1998. TASKI ABIM, Malam Tautan Ukhuwah. ABIM Kedah, Muktamar
Sanawi ke-26.
Hasbullah Abdul Rahman. 1989. Sekolah Rendah Islam ABIM-Perancangan Menjadi
Kenyataan, dlm. Risalah September 1989.
Khursid Ahmad. 1979. Prinsip-Prinsip Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Biro Pelajaran dan
Penulisan ABIM,
Laporan Tahunan KBI sesi 1982/1983. Minit Muktamar Sanawi ke-11. Dewan Kolej Islam
Kelang pada 30 Julai – 1 Ogos 1983.


Laporan Tahunan KBI Sesi 1983/1984. Minit Muktamar ke-12. Dewan Kuliah Utama
(MLT). Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi Selangor pada 6-8 Disember 1985
Laporan Tahunan Muktamar Sanawi ABIM, ke-15. Sesi 1985/1986 di Dewan Al-Malik Faisal.
Universiti Islam Antarabangsa. Petaling jaya. Selangor pada 6 Disember 1986.
Laporan Tahunan Muktamar Sanawi ABIM ke-16. Sesi 1986/1987 di Kg. Sg. Ramal Dalam.
Kajang. Selangor pada 4-7 Disember 1987.
Laporan Penyata Tahunan 1974. Muktamar Tahunan ke-3 Angkatan Belia Islam Malaysia
pada 1-4 Ogos 1974.
Laporan Ketua Biro Pendidikan ABIM Pusat 1985-1993
Laporan Biro Pendidikan ABIM Pusat. 2002. Muktamar Sanawi ABIM ke-32. Anjung Rahmat.
Gombak. Selangor.
Majalah Dialog, 1975.
Memorandum Pelajaran ABIM kepada Kementerian Pelajaran. 1974. kepada Menteri
Pelajaran, Dr Mahathir Mohammad.
Minit Mesyuarat Agung ABIM Pusat kali ke-7. Di Kolej Islam Kelang. Selangor pada 28-31
Julai 1977.
Mohd Azhar Bahari dan Ishak Saat. 2014. Angkatan Belia Islam Malaysia 1971-2004. Batu
Pahat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Risalah ABIM, 1989
Risalah. Jun/Julai 1992.
Risalah Mac 2003
Siddiq Fadhil. 2007. Pendidikan sebagai Wahana Pentamadunan Ummah, Kajang: Kolej Dar
Al-Hikmah.
Sijil Pendaftaran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
17 Ogos 1972.
Tahfiz, 25 Tahun ABIM.
Panduan Koperasi Belia Islam, KBI Angkatan Belia Islam Malaysia Pusat.
Ucapan Muktamar Sanawi ke-4 ABIM oleh Sdr. Anwar Ibrahim. 1975. “ Jelaskan Wadah
Perbaru Tekad, Pesanan Buat Generasi Muda Islam” di Kolej Islam Klang. Selangor pada 07 Disember 1975.
Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ke-9 ABIM oleh Sdr Anwar Ibrahim. 1980. “Pembangunan
Saintifik” di Pusat Latihan ABIM Sungai Ramal Dalam pada 28-31 Ogos 1980.
Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ke-11 ABIM oleh Pemangku Presiden. Siddiq Fadhil. 1982
“Garis-garis Besar Haluan Perjuangan”. Di Dewan Al Malik Faisan. Maktab
Perguruan Islam. Petaling Jaya. Selangor pada 3-5 September 1982.
Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ke-12 ABIM oleh Sdr. Siddiq Fadil. 1983. “Menyahut
Cabaran Abad Kebangunan” di Kolej Islam Kelang pada 31 Julai-01 Ogos 1983.
Ucapan Dasar Muktamar Sanawi kali ke 14ABIM oleh Sdr. Siddiq Fadhil. 1985.
“Menggembleng Tenaga Ke arah Peningkatan Prestasi Amal Islami” di Pusat Latihan ABIM Sungai Ramal Dalam pada 28-31 Ogos 1985.
Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ke-20 ABIM oleh Sdr. Siddiq Fadil. 1990. “Keprihatan
Umat Dalam Senario Politik 90-an”. di Pusat Latihan ABIM Sungai Ramal Dalam pada 28-31 Ogos 1990.
Ucapan Muktamar Sanawi ke-25 ABIM oleh Prof. Madya Dr.Muhammad Nur Manuty. 1996.
“Gerakan Islam dan Transformasi Sosial: Menuju Alaf Baru” di Dewan Muktamar Pusat Islam Malaysia. Kuala Lumpur pada 17-19 Ogos 1997.


Ucapan Muktamar Sanawi ke-26 ABIM oleh Prof. Madya Dr.Muhammad Nur Manuty. 1997.
“Islam dan Jiwa Merdeka” di Dewan Besar Institut Perguruan Darul Aman. Jitra, Kedah
pada 10-12 September 1997.
Ucapan Muktamar Sanawi ke-31 ABIM oleh Ahmad Azam Abdul Rahman. 2002. “ Perbaru
Ukhwah, Perteguh Wahdatul Ummah” di Dewan KUSZA. Terengganu pada 07 September 2002.
Sidek Baba. 1993. Kepedulian Sosial dalam konteks Wawasan 2020; Islam dan Masyarakat.
Petaling Jaya. ABIM.
Sufian Hussain. 1998. Sejarah Pendidikan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.

Temubual:
Khairuddin Abbas. Mantan Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia. ABIM Pusat
Gombak [ 28 September 2018].

Published

2021-04-23

How to Cite

[1]
Ghani, S.R.A., Omar, R., Mat Enh, A. and Kamaruddin, R. 2021. Sumbangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Terhadap Masyarakat Melayu di Malaysia dalam Menangani Isu-Isu Sosioekonomi, 1971-2000: The Contribution of the Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) to Malay Community in Malaysia in Addressing Socio-Economic Issues, 1971-2000. ‘Abqari Journal. 24, 1 (Apr. 2021), 171–191. DOI:https://doi.org/10.33102/abqari.vol24no1.242.