Zainab Al-Ghazali: Sejarah Kebangkitan Mujahidah Islam di Mesir

Zainab Al-Ghazali: A History of Mujahidah Awakening in Egypt

Authors

  • Ummi Zainab Mohd Ghazali Universiti Sains Malaysia
  • Muhammad Azizan Sabjan Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.33102/abqari.vol19no1.192

Keywords:

kebangkitan, mujahidah, dakwah, wanita, Mesir

Abstract

Zainab al-Ghazali was one of the utmost female figure fighters in the contemporary Islamic history. She was the founder of Muslim Women Association (MWA) of ‘Jama’at al-Sayyidat al-Muslima’ and the driving force behind Muslimah Akhwat Association. The rallying call of her struggle was to spread Islamic knowledge towards Muslim women, instilling them of their rights and responsibilities, imparting a wave of change on them in line with the teaching of al-Quran and sunnah. This paper intends to discuss her dedication to fight and elevate the status of Muslim women in the field of education, social, politics, as well as economy in Egypt. This research employs qualitative method by analyzing data descriptively. The result showed that her enlightenment had greatly impacted a massive number of women in Egypt to rise up to defend and to fight for their rights. Her personality, bravery, and intellectual have succeeded in uplifting the hierarchy of women in the world of da’wah and Islamic politics and successfully warded off conventional prejudice towards women’s leadership in society. In a strict sense, her battle was truly exemplary and could be used as a point of reference for Muslim women in facing plight in a best manner. 

ABSTRAK

Zainab al-Ghazali merupakan seorang tokoh pejuang wanita kontemporari yang tidak asing lagi dalam sejarah umat Islam. Beliau adalah pengasas Pertubuhan Wanita Islam ‘Jama’at al-Sayyidat al-Muslimat’ dan penggerak kepada Pertubuhan Akhawat Muslimah. Perkara utama perjuangan Zainab al-Ghazali adalah untuk memberi dan menyebarkan kefahaman Islam dalam pemikiran wanita, mendidik wanita mengenai hak-hak dan tanggungjawab mereka serta membawa perubahan dalam masyarakat yang berpandukan kepada ajaran al-Quran dan ahli sunnah. Oleh yang demikian, makalah ini akan membicarakan penglibatan beliau dalam memperjuang dan memartabatkan kedudukan wanita Islam dalam bidang pendidikan, dakwah, sosial, politik dan ekonomi di Mesir. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menganalisis dapatan data secara diskriptif. Dapatan kajian mendapati pencerahan ilmu pendidikan dan dakwah oleh Zainab al-Ghazali telah menarik ramai golongan wanita di Mesir bangkit dalam memperjuangkan hak-hak mereka. Keperibadian, keberanian dan keintelektual Zainab al-Ghazali telah menaikkan taraf wanita dalam dunia dakwah dan politik Islam dan berjaya menghakis prejudis terhadap kepimpinan wanita dalam masyarakat. Tegasnya, hasil perjuangan dan pemikiran beliau dapat dijadikan iktibar dan rujukan golongan wanita Islam dalam menghadapi cabaran dengan cara yang sebaik-baiknya.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2019-10-03

How to Cite

[1]
Mohd Ghazali, U.Z. and Sabjan, M.A. 2019. Zainab Al-Ghazali: Sejarah Kebangkitan Mujahidah Islam di Mesir: Zainab Al-Ghazali: A History of Mujahidah Awakening in Egypt. ‘Abqari Journal. 19, 1 (Oct. 2019), 46–58. DOI:https://doi.org/10.33102/abqari.vol19no1.192.