Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Perintah Nafkah Tertunggak oleh Bahagian Sokongan Keluarga: Satu Sorotan Literatur
Implementation and Enforcement of Arrears Alimony Orders by The Family Support Division: A Literature Highlight
DOI:
https://doi.org/10.33102/abqari.vol32no1.630Keywords:
Pelaksanaan, Penguatkuasaan, Bahagian Sokongan Keluarga, Perintah Nafkah, Implementation, Enforcement, Family Support Division, Maintenance OrdersAbstract
Sepatutnya tidak ada isu mengenai pemberian nafkah anak sehingga perlu ada campur tangan pihak lain (mahkamah syariah) untuk memerintahkan si bapa menyara anaknya sendiri. Melihat keruncingan masalah pengabaian perintah mahkamah berkaitan pemberian nafkah, sekali lagi pihak berkuasa ‘campur tangan’ dengan menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). BSK ini ditubuhkan melalui satu hasil daripada Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke 46 pada 7 Jun 2007 di Putrajaya yang dipengerusikan oleh mantan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Persoalannya, adakah Bahagian Sokongan Keluarga dan amalan serta pelaksanaannya itu perlu diwartakan untuk mengesahkan penggunaannya di mahkamah syariah atau satu peruntukan khusus perlu diletakkan di dalam Akta/Enakmen Pentadbiran untuk menunjukkan punca kuasanya. Artikel ini meneliti kajian-kajian terdahulu berkaitan masalah melibatkan perintah nafkah, khususnya aspek yang dicakupi oleh kajian-kajian tersebut. Ini adalah bagi mengenal pasti sejauhmana prosedur pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah yang dikendalikan oleh BSK dan juga untuk menganalisis permasalahan pelaksanaan dan penguatkuasaan yang dihadapai oleh BSK dalam menguatkuasakan perintah nafkah serta mencadangkan penyelesaian kepada setiap permasalahan pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah oleh BSK. Metodologi yang digunakan adalah kajian kualitatif dengan menggunakan instrumen keperpustakaan dengan mendapatkan sumber-sumber bacaan seperti kitab turath, kajian ilmiah melalui tesis dan artikel jurnal dalam mengumpul dan meneliti kajian-kajian lepas yang berkaitan untuk mendapatkan data dan maklumat. Kajian ini juga menggunakan analisis secara induktif dan perbandingan. Hasil dari sorotan literatur ini mendapati kajian-kajian lepas berkenaan pengabaian nafkah banyak menumpukan kepada tahap persepsi secara umum atau pun hanya memfokuskan kepada beberapa sudut/sektor.
Abstract
Seeing the severity of the problem of neglecting court orders related to maintenance, once again the authorities 'intervened' by establishing the Family Support Division (BSK) under the Malaysian Syariah Justice Department (JKSM). This BSK was established as a result of the 46th National Council Meeting for Malaysian Islamic Religious Affairs on 7 June 2007 in Putrajaya chaired by the former Prime Minister of Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi. The question is, does the BSK, practice and implementation need to be gazetted in the Administrative Act/Enactment to show the source of its authority. This article examines previous studies related to problems involving maintenance orders, especially the aspects covered by those studies to identify the extent of the maintenance order implementation and enforcement procedures, analyze the problems and to propose solutions by BSK. The methodology used is a qualitative study by using library instruments to obtain reading resources such as scriptures, scientific studies through theses and journal articles to obtain data. This study also uses inductive and comparative analysis. The results of this literature highlight show that the general perception of the problem is serious, while the factors that have a high tendency are the law enforcement sector and attitudes.
Downloads
References
Abdul Munir Yaacob. (2000). Undang-undang Keluarga Islam dan Wanita di Negara- Negara Asean. Kuala Lumpur: IKIM.
Abu Yaziz, A. S. (2013). Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah di Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (Master’s thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia). UKM Institutional Repository.
Ahmad Ibrahim. (1999). Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Selangor: Malayan Law Journal Sdn Bhd.
Aisah Salleh, Siti Aishah Kamaruddin, & Jazilah Mohd Saad @ Mat Saud. (2019). Pelaksanaan prosiding hiwalah: Pengalaman Bahagian Sokongan Keluarga. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Che Soh, R., Hassan, R., & Hashim, R. (2017). Keberkesanan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dalam penguatkuasaan nafkah anak selepas perceraian di Malaysia: Perbandingan dengan negara maju. Jurnal Akademikal, 10(2), 1–20.
Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyelidikan (Buku 1). Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education.
Creswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (4th ed.). Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). (2019). Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 & Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Jazilah Mohd Saad @ Mat Saud, Muhammad Amir Firdaus Sidin, & Hanna Ambaras Khan. (2022). Penggunaan mediasi di Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) (2010–2020): Satu analisa. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mohd Ali, M. N. M. (2018). Penguatkuasaan perintah nafkah dalam konteks maqasid al-Shari’ah (Master’s thesis, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). IIUM Institutional Repository.
Mohd Amir Arifin@Mohd Rifin. (2021). Fungsi Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Menurut Maqasid al Shari‘ah: Keberkesanannya di Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah. Dalam: Nasimah Hussin et al. (Eds.), Undang Undang Keluarga Islam di Malaysia: Teori Amalan dan Pelaksanaan (hlm. 327–352). Malaysia: JKSM & UIAM.
Mohd Saad @ Mat Saud, J. (2017). The mechanisms of enforcement and execution of maintenance order in the Syariah Court in Malaysia (Doctoral dissertation, International Islamic University Malaysia). IIUM Student Repository.
Mohd Saad @ Mat Saud, Afridah Abbas, Noraini Hashim, & Saodah Wok. (2019). Mekanisme penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah orang Islam: Sistem berasaskan mahkamah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Md Abdul Salam, N. Z., & Mohd Khatib, N. S. (2020). Isu tunggakan nafkah: Keperluan penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Journal of Muwafaqat, 3(1), 38–51.
Miles, M. B., Huberman, A. M., & Saldaña, J. (2014). Qualitative data analysis: A methods sourcebook (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.
Merriam, S. B., & Tisdell, E. J. (2016). Qualitative research: A guide to design and implementation (4th ed.). San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Mohamed Fouzi Mokhtar, S. F. A. M., Salmi Amalia Jamil, & Mohd Fariq Azaimi Apandi. (2020). Jenis-jenis penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan: Satu pengenalan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mohd Amir Haji Arifin @ Mohd Rifin. (2021). Fungsi penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah Bahagian Sokongan Keluarga menurut Maqasid Al-Shari’ah: Keberkesanannya di Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah. Universiti Islam Malaysia.
Mohamad Shakir Abdul Hamid, Zalinah Said, & Jazilah Mohd Saad @ Mat Saud. (2021). Tindakan saman penghutang penghakiman: Analisis keputusan Mahkamah Rayuan Syariah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education.
Najibah Mohd Zin. (2007). Undang-undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jilid 14.
Noor Aziah Mohd Awal, (2003). Kajian Kes Tertangguh Di Mahkamah Syariah Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan: Satu Kajian Perbandingan dengan Mahkamah Sivil. UKM.
Noor Aziah Mohd Awal. (2005). Kajian Perlaksanaan Dan Penguatkuasaan Perintah Nafkah di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia 2001-2005, JKSM & UIAM; Perlaksanaan perintah nafkah isteri dan anak di Malaysia, UKM.
Nur Zulfah, M. A. S., & Nur Syazwani, M. K. (2020). Isu tunggakan nafkah: Keperluan penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Jabatan Undang-Undang, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Sidek Mohd Noah. (2005). Penyelidikan reka bentuk: Falsafah, teori dan aplikasi. Serdang: Universiti Putra Malaysia Press.
Zaini Abdullah. (2007). Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah Nafkah: Kajian di Mahkamah Syariah Selangor (1999-2004). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam UM.
Zaini, N. (2018). Cabaran penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah di Mahkamah Syariah Negeri Selangor dari perspektif peguam syarie (Tesis Sarjana, Universiti Malaya). Universiti Malaya Repository.
Zaini, N., & Suwaid, T. (2001). Analisis pelaksanaan prosiding saman penghutang penghakiman dalam penguatkuasaan perintah pembayaran nafkah: Kajian kes Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Siti Madihah Ruzmi, Asma Hakimah Ab Halim , Fatimah Yusro Hashim

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
The copyright of this article will be vested to author(s) and granted the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.





