Zainab Al-Ghazali: Sejarah Kebangkitan Mujahidah Islam di Mesir

Zainab Al-Ghazali: A History of Mujahidah Awakening in Egypt

  • Ummi Zainab Mohd Ghazali Universiti Sains Malaysia
  • Muhammad Azizan Sabjan Universiti Sains Malaysia
Keywords: kebangkitan, mujahidah, dakwah, wanita, Mesir

Abstract

Zainab al-Ghazali was one of the utmost female figure fighters in the contemporary Islamic history. She was the founder of Muslim Women Association (MWA) of ‘Jama’at al-Sayyidat al-Muslima’ and the driving force behind Muslimah Akhwat Association. The rallying call of her struggle was to spread Islamic knowledge towards Muslim women, instilling them of their rights and responsibilities, imparting a wave of change on them in line with the teaching of al-Quran and sunnah. This paper intends to discuss her dedication to fight and elevate the status of Muslim women in the field of education, social, politics, as well as economy in Egypt. This research employs qualitative method by analyzing data descriptively. The result showed that her enlightenment had greatly impacted a massive number of women in Egypt to rise up to defend and to fight for their rights. Her personality, bravery, and intellectual have succeeded in uplifting the hierarchy of women in the world of da’wah and Islamic politics and successfully warded off conventional prejudice towards women’s leadership in society. In a strict sense, her battle was truly exemplary and could be used as a point of reference for Muslim women in facing plight in a best manner. 

ABSTRAK

Zainab al-Ghazali merupakan seorang tokoh pejuang wanita kontemporari yang tidak asing lagi dalam sejarah umat Islam. Beliau adalah pengasas Pertubuhan Wanita Islam ‘Jama’at al-Sayyidat al-Muslimat’ dan penggerak kepada Pertubuhan Akhawat Muslimah. Perkara utama perjuangan Zainab al-Ghazali adalah untuk memberi dan menyebarkan kefahaman Islam dalam pemikiran wanita, mendidik wanita mengenai hak-hak dan tanggungjawab mereka serta membawa perubahan dalam masyarakat yang berpandukan kepada ajaran al-Quran dan ahli sunnah. Oleh yang demikian, makalah ini akan membicarakan penglibatan beliau dalam memperjuang dan memartabatkan kedudukan wanita Islam dalam bidang pendidikan, dakwah, sosial, politik dan ekonomi di Mesir. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menganalisis dapatan data secara diskriptif. Dapatan kajian mendapati pencerahan ilmu pendidikan dan dakwah oleh Zainab al-Ghazali telah menarik ramai golongan wanita di Mesir bangkit dalam memperjuangkan hak-hak mereka. Keperibadian, keberanian dan keintelektual Zainab al-Ghazali telah menaikkan taraf wanita dalam dunia dakwah dan politik Islam dan berjaya menghakis prejudis terhadap kepimpinan wanita dalam masyarakat. Tegasnya, hasil perjuangan dan pemikiran beliau dapat dijadikan iktibar dan rujukan golongan wanita Islam dalam menghadapi cabaran dengan cara yang sebaik-baiknya.

References

Ahmad Kashmiri. (2010). Zainab Al Ghazali (RA)-Woman, Who Challenged 20th Century Pharaoh. Peroleh 5 Mac 2018 daripada https://www.scribd.com, 1-7.

Ibrahim Olatunde Uthman. (2011). A re-reading of the Egyptian Zaynab al-Ghazzali, the Muslim brotherhood and the Islamic feminist movement in contemporary society, International Journal of Sociology and Anthropology, 3(11), 407-415.

Irfan S. Kashmiri. (2011). Zainab al-Ghazali ‘Lady with a Mission.’ Peroleh 5 Mac 2018, daripada https://www.scribd.com, 1-7.

Lewis, Pauline. (2007). Zainab al-Ghazali: Pioneer of Islamist feminism. Michigan Journal of History 4 (27): 1-47.

Mokrane Guezzou. (2009). Zainab Al-Ghazali: Return of the Pharaoh Memoir in Nasir's Prison. Peroleh 10 Mac 2018 daripada http://justonereason.net.

Muhammad Nurudin. (2015). Pemikiran Nasionalisme Arab Gamal Abdul Nasser dan Implikasinya terhadap Persatuan Umat Islam di Mesir, Journal Addin, 9, 51-84.

Mustafa Ramadhanal. (2011). Mukminah As-Solehah Zainab Al Ghazali Al Zubaili. Peroleh 10 Mac 2018 daripada https://cahayamalamdibulanjuli.files.wordpress.com, 22-30.

Novilia Anggraeni. (2016). Zainab al-Ghazali dan perjuangannya dalam Ikhwanul Muslimin tahun 1937-1965M. Skripsi Sarjana Humaniora, Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta.

Siti Zaharah Hamid, Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Phayilah Yama (2014). Sumbangan Zainab Al-Ghazali dalam memartabatkan kedudukan wanita dalam arena kepimpinan umat Islam. International Conference on Postgraduate Research (ICPR), 1-2 Disember Kuala Lumpur, 269-277.

Siti Zaharah Hamid, Wan Ramizah Hasan. (2015). Zainab Al-Ghazali Al-Jubaily Dan Tafsir Nazarat Fi Kitabillah: Satu Sorotan, International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, 9-10 March, Kuala Lumpur, 598-607.

Syaikh Abdullah Azzam. (2018). Zainab Al-Ghazali, Srikandi Islam Asal Mesir (1/2). Peroleh 7 Mac 2018 daripada https://www.kiblat.net.

Syeikh Muhammad Sa’id Mursi, Al-Hidayah. (2011). Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman, Kuala Lumpur.

Syed Abu Hassan Ali Nadawi. (2011). Wanita Dan Lelaki Saling Memerlukan. Peroleh pada 10 Mac 2018 daripada https://cahayamalamdibulanjuli.files.wordpress.com, 8-32.

Wan Kamal Mujani. (2010). Sejarah Politik Mamluk (648-922H/1250-1517M): Suatu Pengamatan Berdasarkan Sumber Primer dan Sekunder. International Journal of West Asian Studies, 2, 17-45.

Zainab Al-Ghazali: Permata dakwah yang berkilau di era jatuhnya Islam. Peroleh 7 Mac 2018 daripada http://www.indahnyaislam.my.

Published
2019-10-03
How to Cite
[1]
Mohd Ghazali, U.Z. and Sabjan, M.A. 2019. Zainab Al-Ghazali: Sejarah Kebangkitan Mujahidah Islam di Mesir. AL-’ABQARI: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities. (Oct. 2019), 46-58. DOI:https://doi.org/10.33102/abqari.vol19.4.