Kearifan Tempatan Mengenai Kapur Barus (Cinnamomum Camphora) Menurut Perspektif Islam dan Budaya Masyarakat Melayu Abad ke 19m

Local Wisdom on Camphor (Cinnamomum Camphora) According to the Islamic and Cultural Perspective of Malay in the 19th Century

  • Muhammad Widus Sempo Universiti Sains Islam Malaysia
  • Nurulwahidah Fauzi Universiti Sains Islam Malaysia
  • Robiatul Adawiyah Mohd @ Amat Universiti Sains Islam Malaysia
  • Norzulaili Mohd Ghazali Universiti Sains Islam Malaysia
Keywords: : kapur barus, manuskrip, perubatan, Melayu

Abstract

Nowadays, Camphor (Cinnamomum Camphora) and its' benefits from various aspects of life has been explained scientifically by scholars. Interestingly, Camphor is reported as one of the major trading commodities and is a backbone of Islamic development in the early 14th century in the archipelago. This study seeks to achieve three main objectives: i) examining Quran and Prophetic Tradition's perspective on Camphor and its' relationship with the archipelago community, and ii) studying the local wisdom of Malay people related to Camphor inside Malay medical manuscripts, and iii) analyzing  the benefits of Camphor according to scientific research. To achieve these three objectives, the authors extract data from Quranic verses and hadiths related to Camphor. Subsequently, local wisdom regarding the use of camphor is generated from Malay medical manuscripts. All of these sources are analyzed through a comprehensive study to present a deep understanding. The study found that camphor mixed with other herbs to treat illnesses has been practised long ago by the Malay community, especially in the 19th century, and this is in line with Islamic practices that showed the efficacy of camphor.

 

Abstrak

Pokok kapur barus (Cinnamomum Camphora) telah diperbahaskan dalam kajian akademik masa kini berkait dengan manfaat dan khasiatnya daripada pelbagai aspek kehidupan. Uniknya, pokok kapur barus ini tidak hanya dibicarakan mengenainya desawarsa ini, bahkan telah direkodkan sebagai salah satu komoditi perdagangan utama sehingga menjadi tunjang peristiwa dan tolak tarik di dalam proses perkembangan Islam di awal abad ke 14M di Nusantara. Kajian ini berusaha untuk mencapai tiga objektif utama, iaitu i) Menelusuri perbahasan tentang kapur barus menurut perspektif Al-Quran dan Sunah serta hubung kait kapur barus dengan masyarakat Nusantara, ii) Mengkaji keutamaan kapur barus berdasarkan budaya kearifan tempatan masyarakat Melayu sebagaimana dirakamkan di dalam kitab perubatan Melayu dan iii) Menganalisa manfaat kapur barus (Cinnamomum Camphora) menurut kajian saintifik. Untuk mencapai ketiga-tiga obejktif tersebut, penulis mengeluarkan data daripada ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith yang berkaitan dengan kapur barus. Seterusnya, kearifan tempatan berkaitan penggunaan kapur barus dijana daripada manuskrip perubatan Melayu melalui kajian kualitatif. Kesemua sumber ini dianalisis melalui pendekatan induktif secara bersepadu untuk menzahirkan kefahaman yang lebih komprehensif. Hasil kajian mendapati bahawa kapur barus yang disebatikan dengan herba-herba tempatan dalam perubatan sudah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya pada abad ke-19 M dan ini selari dengan amalan Islam yang merekodkan khasiat Kapur barus sepertimana dalam Al-Quran dan hadith.

Published
2019-09-19
How to Cite
[1]
Sempo, M.W., Fauzi, N., Mohd @ Amat, R.A. and Mohd Ghazali, N. 2019. Kearifan Tempatan Mengenai Kapur Barus (Cinnamomum Camphora) Menurut Perspektif Islam dan Budaya Masyarakat Melayu Abad ke 19m. AL-’ABQARI: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities. (Sep. 2019), 76-90.